Mangsa banjir di Terengganu meningkat

Iklan
Antara kediaman penduduk di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai, di Kuala Terengganu yang dilimpahi air (banjir termenung) akibat hujan berterusan melanda sejak Khamis lalu.

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 599 orang yang ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan sementara (PPS) pada Ahad berbanding seramai 308 mangsa pada Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, peningkatan itu berikutan pertambahan tiga buah PPS yang dibuka di daerah Kemaman sejak malam Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan dikeluarkan jam 8 pagi Ahad, setakat ini empat daerah di negeri itu dilanda banjir iaitu di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman.

Daerah Kemaman merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan seramai 284 mangsa ditempatkan di Dewan Abdul Rahman Limbong (235), Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik (28) dan SK Kampung Baru Kerteh (21).

Iklan

Seramai 209 mangsa banjir di tempatkan dua dua buah PPS di daerah Kuala Nerus melibatkan SK Tok Jembal (133) dan SK Bukit Nanas (76).

Di daerah Kuala Terengganu pula dua PPS dibuka bagi menempatkan seramai 60 mangsa banjir iaitu di SK Atas Tol (44) dan SK Chendering (16).

Iklan

Bagi daerah Setiu pula sebanyak tiga PPS dibuka bagi menempatkan seramai 46 mangsa banjir iaitu di SK Kampung Seri Kasar (25), Balai Raya Kampung Bukit (13) dan Surau Mak Bakas (8).

Menurut kenyataan itu, keadaan cuaca hujan berlaku di beberapa daerah di Terengganu dan perkembangan terkini banjir akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, meurut laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my yang dikemaskini jam 8.15 pagi pada Ahad, dua sungai di daerah Setiu melepasi paras amaran iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Nerus di Kampung Langkap.