Bot terbalik, pemancing dikhuatiri lemas

Iklan
Seorang kaki pancing dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki terbalik di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Udang Galah pada Ahad. - Gambar hiasan

TELUK INTAN - Seorang kaki pancing terselamat, manakala seorang lagi dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki terbalik di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Udang Galah di sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 5.06 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan berjaya menemui mangsa pertama iaitu lelaki berusia 25 tahun.

"Mangsa segera dibawa ke tebing dan diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya.

Iklan

Beliau berkata, berdasarkan maklumat lelaki terbabit, seorang rakannya telah hilang dibawa arus ketika kejadian.

"Usaha kini sedang dijalankan bagi mengesan mangsa terbabit dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 800 meter dari lokasi bot terbalik," katanya.

Iklan