PEMIMPIN politik, bintang sukan dan selebriti menggunakan media sosial untuk mengucapkan tahniah kepada Maghribi berikutan kemenangan suku akhir Piala Dunia ke atas Portugal di Stadium Al Thumama, menjadikannya pasukan Afrika atau Arab pertama mara ke separuh akhir kejuaraan bola sepak itu.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menulis Tweet:" tahniah kepada Singa Atlas atas kemenangan mereka hari ini".
Presiden Chad Mahamat Idriss Deby pula menulis di Twitter:"Bersejarah dan luar biasa! Kemaraan Atlas Lions ke separuh akhir Piala Dunia 2022 adalah untuk seluruh Afrika. Sokongan penuh kepada wakil Afrika untuk perlawanan akhir besar. Juara dunia Afrika, ya boleh jadi insya-ALLAH!"
"Sejarah benua!... Alangkah hebatnya pencapaian Atlas Lions," kata Konfederasi Bola Sepak Afrika dalam satu tweet.
Raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa pula mengucapkan tahniah kepada Raja Maghribi Mohammed VI atas pencapaian bersejarah antarabangsa yang hebat, menurut media kerajaan.
Pemerintah Dubai Mohammed bin Rashed pula menulis Tweet:"Tiada suara yang lebih lantang daripada Maghribi dalam Piala Dunia!"
Sementara itu, Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani berkata:
"Kami berkongsi kegembiraan saudara-saudara kami,” Tweet
"Kami bergembira apabila orang Arab bergembira," kata Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh, yang memuji kemenangan bersejarah.
Dua kumpulan Palestin yang bertelagah Fatah dan Hamas masing-masing turut menyampaikan ucapan tahniah.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Libya Abdulhamid al-Dbeibah tweet:"Tahniah kepada pasukan kebangsaan Maghribi atas kelayakan bersejarah ke separuh akhir Piala Dunia."
Putera Mahkota Jordan Hussein pula tweet:"The Atlas Lions sedang mencipta sejarah."
Kementerian Luar Mesir pula menulis tweet:"Tahniah yang tulus ikhlas kepada kerajaan persaudaraan Maghribi."
"Mereka berjaya!!!! Syabas Maghribi untuk pencapaian ini. Hidup Afrika," tweet pemain Ivory Coast dan legenda Chelsea, Didier Drogba.
Samuel Eto'o, bekas penyerang Cameroon dan presiden persekutuan bola sepak negara itu, berkata di Twitter:"Luar biasa!...Seluruh benua menyokong anda" (dengan emoji bertepuk tangan)
Bintang pop Shakira pula menulis tweet"Kali ini untuk Afrika!!" dengan emoji bertepuk tangan dan bendera Maghribi.
Sementara itu, pemilik Twitter Elon Musk menulis Tweet:"Tahniah Maghribi."