Kekuatan mental pacu kemenangan Perancis

Iklan
Giroud (depan) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan Perancis mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar. - Foto EPA

SKUAD Perancis terpaksa menggunakan sepenuhnya ketahanan mental sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas England pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.

Pemain sensasi, Olivier Giroud menjadi duri dalam daging buat England apabila meledak gol kemenangan Perancis pada minit ke-78.

Iklan
Iklan

Perancis menewaskan Belgium 1-0 pada aksi separuh akhir di Rusia empat tahun lalu.

Tandukan Giroud 12 minit sebelum tamat memacu Perancis ke separuh akhir Khamis ini ketika Harry Kane terlepas sepakan penalti lewat yang kedua buatnya dalam aksi itu.

Iklan

Kane menyamakan kedudukan menerusi penalti sejurus selepas rehat separuh masa, memadamkan gol pendahuluan Aurelien Tchouameni dari jarak jauh yang membolehkan Perancis mendahului pada minit ke-17.

"Malangnya kami melepaskan sepakan penalti. Tetapi kami tetap berbahaya dalam beberapa kesempatan pada hujung perlawanan."

Iklan

"Anda perlu sentiasa percaya dan (Antoine) Griezmann mengumpan kepada saya bola yang hebat (untuk gol)."

"Saya sangat bangga. Kami mempamerkan persembahan terbaik.

"Kami sedar potensi generasi muda Inggeris ini. Mereka mempunyai segala-galanya. Kami terpaksa menggunakan kekuatan mental untuk mengatasi mereka (England)," ujar Giroud.