Tahniah Chin Tong, Salahuddin - Speaker DUN Johor

Iklan
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

ISKANDAR PUTERI - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad mengucapkan tahniah atas perlantikan Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Liew Chin Tong sebagai menteri dan timbalan menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyampaikan ucapan itu pada hari terakhir sidang keempat DUN Johor Ke-15 di Kota Iskandar di sini.

Iklan
Iklan

"Tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Dalam pada itu, Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon turut merakamkan ucapan tahniah kepada Chin Tong yang juga Ketua Pembangkang DUN Johor serta Salahuddin.

Iklan

"Diharapkan kedua-dua ADUN dari Johor dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri ini akan membantu menarik pelabur ke negeri ini seterusnya meningkatkan pendapatan dan ekonomi," katanya.

Pada 2 Disember lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor yang juga Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Iklan

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada Jumaat.

Chin Tong pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan pada 2018-2020 atas kapasitinya sebagai Senator.