PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Iklan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-77 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah Klang hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Iklan
Iklan

"Semoga Duli Tuanku kekal qarar (tenang) memerintah rakyat Selangor Darul Ehsan dengan adil dan saksama,” katanya menerusi hantaran dimuat naik dalam Facebook rasminya pada Ahad.

Anwar berkata, beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.

Iklan

"Dirgahayu Tuanku,” katanya.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 104 penerima pada Ahad. - Bernama

Iklan