Banjir: Wanita lumpuh terkejut rumah dimasuki ular

Iklan
Harniza (kiri) bersama ibunya, Wan Khamsah di pintu dapur rumah yang dimasuki ular.

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang mengalami lumpuh sebelah badan terkejut setelah kediamannya di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai, di sini dimasuki ular, awal pagi Jumaat.

Bekas pensyarah, Dr Harniza Abd Razak, 43, berkata, dia bersama ibunya, Wan Khamsah Shikh Ali, 76, menyedari seekor ular berlingkar berdekatan pintu dapur rumah ketika kediaman mereka dimasuki air kira-kira jam 3.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Ketika rumah kami dimasuki air, saya perasan pada bahagian lantai pintu dapur seekor ular agak besar berwarna hitam sedang berlingkar.

"Saya terkejut dan segera memanggil ibu saya namun tak lama kemudian ular itu hilang dari pandangan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Iklan

Kata Harniza, dia turut memberitahu suaminya, Muhamad Hussin Md Zin, 42, berhubung penemuan ular itu kerana bimbang ia menyusup masuk ke bahagian lain di dalam rumah.

Laluan masuk ke rumah Harniza di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai di Kuala Terengganu yang dinaiki air dan sukar surut akibat banjir termenung.

"Saya bimbang jika haiwan berbisa itu kembali memasuki rumah kerana saya tidak mampu untuk menyelamatkan diri sekiranya diserang," katanya.

Iklan

Jelasnya, empat rumah di kawasan itu terjejas ekoran fenomena 'banjir termenung' yang menyukarkan air untuk surut walaupun keadaan cuaca beransur pulih.

Justeru, katanya, pihak berwajib diharap dapat mengambil tindakan seperti melancarkan aliran longkang serta menambah saluran air bagi mengelak fenomena itu berulang.