'Letak peti sejuk atas meja rumah sering dinaiki air'

Iklan
Shiesylia menunjukkan peri sejuk yang diletakkan di atas meja di rumahnya

KLANG - Pengalaman sering dilanda banjir menyebabkan penduduk di Taman Daya Meru, di sini sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana itu berlaku bila-bila masa.

Pasangan suami isteri, Boli Jali, 42, dan Shiesylia, 40, berkata, hujan lebat yang berterusan pada musim tengkujuh sering menyebabkan banjir kilat dan rumah mereka akan dinaiki air kira-kira 0.3 meter.

Iklan
Iklan

"Sebab itu, kebanyakan penduduk akan membuat persediaan awal berhadapan keadaan itu seperti mengemas barang di rumah dan meletakkannya di tempat lebih tinggi termasuk peti sejuk.

"Kami meletakkan peti sejuk di atas meja kerana bimbang ia rosak, tahun lalu banyak barang rosak kerana banjir besar jadi kami bersiap sedia lebih awal tahun ini," kata mereka kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurut pasangan itu, mereka juga tidak membuat persiapan berlebihan bagi menyambut sambutan Hari Natal pada tahun ini, sebaliknya hanya bersiap sedia bagi menghadapi musim tengkujuh.

Difahamkan, selain Taman Daya Meru, beberapa lagi kampung berdekatan turut berhadapan masalah sama kerana terletak di kawasan rendah termasuk penduduk di Jalan Kenangan.

Iklan
Ram menunjukkan arah air yang memasuki kedainya apabila hujan lebat melanda.

Sementara itu, bagi pasangan Ariza Yusof, 52, dan Faizul Ahmad, 53, mereka juga sentiasa berwaspada dan bersiap sedia dengan kemungkinan banjir berlaku.

Sementara itu, seorang peniaga pakaian terpakai di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Ram Chaudhary, 29, berkata, kawasan Taman Sri Muda juga mudah dinaiki air apabila hujan lebat melanda.

"Jadi kami sentiasa membuat persediaan dan apabila hujan berterusan lebih dua jam kami akan memunggah pakaian di tingkat bawah ini ke tingkat dua kerana air akan masuk ke dalam kedai.

"Tetapi air juga cepat surut dan kami lebih berhati-hati tahun ini kerana banjir besar melanda tahun lalu menyebabkan kami rugi besar kerana banyak pakaian yang dijual rosak," katanya.