Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor

Iklan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke-77 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Balairung Istana Alam Shah Klang hari ini.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (kiri).