KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu karya-karya besar termasuk oleh tokoh pemikir dunia ditelaah golongan muda masa kini.
Dalam hantaran menerusi Facebook beliau pada Ahad, Anwar berkata, tindakan itu bagi melawan kebebalan dan mencambah daya fikir yang kritis.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kartunis terkenal tanah air Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang menghasilkan karya memaparkan masyarakat berbilang bangsa membaca buku pelbagai tokoh di ruang pejabat ‘Anwar Ibrahim’.
Lukisan tanpa dialog itu yang turut dimuat naik dalam hantaran itu, memaparkan lima individu membaca buku tokoh pemikir besar dunia berkaitan Socrates, Confucius, Abu’l Fath Al Busti dan Lao-Tze.- Bernama