Tanah runtuh: Dua keluarga terpaksa berpindah

Iklan
Keadaan tebing yang runtuh dan nyaris menghempap dua rumah di Kampung Mela di sini pada awal pagi Ahad.

LIPIS - Penghuni dua buah rumah di Kampung Mela di sini terpaksa berpindah ekoran tanah runtuh yang berlaku di kawasan kediaman mereka pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tiada kerosakan struktur rumah berlaku dan semua penghuni dilaporkan selamat.

Iklan
Iklan

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lipis, Kapten Pertahanan Awam (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata, enam mangsa dari dua keluarga itu berpindah atas faktor keselamatan.

Keadaaan runtuhan tanah yang berlaku di Kampung Mela di sini memaksa penghuni di dua rumah terlibat berpindah sementara atas faktor keselamatan.
Iklan

Menurutnya, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka memandangkan semua mangsa berpindah ke rumah saudara mereka buat sementara waktu.

Iklan

"Pihak APM membuat pemantauan di kawasan kejadian dan bantuan awal telah dihulurkan kepada mangsa yang terlibat," katanya.