'Selamat datang Amirbek ke bumi Jelapang Padi'

Iklan
Aksi Amirbek bersama United City FC di pentas AFC Champion League pada tahun ini.

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain kebangsaan Tajikistan, Amirbek Juraboev sebagai pemain import pertama kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023.

Amirbek berusia 26 tahun telah membuat 46 kali penampilan bersama skuad kebangsaan Tajikistan mengisi kuota pemain import Asia mengantikan pemain dari Jordan, Mahmoud Al-Mardi.

Iklan
Iklan

Pemain itu yang beraksi di posisi tengah telah diintai oleh Sang Kenari ketika beraksi menentang Malaysia di Piala Raja-Raja Thai 2022 di Thailand.

Pada musim ini, Amirbek mewakili United City FC di Liga Filipina dan turut menyumbang dua gol.

Iklan

"Selamat datang Amirbek ke bumi Jelapang Padi. Pemain import pertama ini bakal mengisi kuota Asia pasukan Sang Kenari," ujar kenyataan KDA FC.

Sementara itu, pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar juga mendedahkan sedang memantau pemain import dari Morocco sejak dua bulan lalu bagi memperkuatkan kelab tersebut.

Iklan

Melalui Facebook rasminya, pakar syariah antarabangsa itu berkata, rangkaian yang ada di negara tersebut akan dimanfaat oleh beliau sebaik mungkin.

"Sejak dua bulan yang lepas, saya sudah cuba menjejaki seorang pemain Morocco (Maghribi) yang pernah bermain di Qatar. Ada beberapa proses yang saya patut buat untuk pastikan pemain ini benar-benar fit dan layak bermain di Kedah.

"Saya memang rapat dengan rakan-rakan di Morocco yang mengendalikan beberapa akademi bola sepak di sana. Saya pun ada syarikat saya Amanie di Casablanca, Morocco bersama dengan rakan kongsi saya dari Morocco, seorang tokoh bisnes yang terkenal di sana," kata beliau.