Pemain England bawa pulang 'hadiah' kucing

Iklan
Walker (kiri) berswafoto bersama seekor kucing yang dibawa dari Qatar.(Gambar kanan : Kucing terbiar yang menjadi kesukaan dalam kalangan pemain England di pangkalan latihan mereka di Qatar. Foto Agensi.)

BIAPUN skuad England balik dengan kecewa setelah tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022, namun dua pemain mereka tidak pulang tangan kosong.

Sebaliknya dua pemain Manchester City, Kyle Walker dan John Stones meninggalkan Qatar dengan hadiah seekor kucing.

Iklan
Iklan

Mereka membawa pulang seekor kucing terbiar yang disukai ramai pemain pasukan itu di pangkalan latihan mereka.

England tumpas kepada Perancis 1-2 dalam saingan suku akhir pada Ahad.

Iklan

Kucing jalanan yang diberi nama Dave oleh Stones perlu menjalani kuarantin selama empat bulan sebelum boleh tinggal bersama dua pemain City itu.

"Dia hanya berada di sana satu hari. Jadi kami baharu sahaja mengambilnya untuk dipelihara," kata Walker.

Iklan

"Dave amat dialu-alukan. Ada orang tidak menyukai kucing, tetapi saya sukakannya. Hari pertama kami tiba di sana (Qatar), Dave muncul.

"Setiap malam dia duduk di sana menunggu makanannya," ujar Stones