Wartawan meninggal dunia di Piala Dunia Qatar

Iklan
Punca kematian Misslam belum diketahui. Foto Agensi

SEORANG wartawan foto, Khalid Al Misslam dilaporkan meninggal dunia ketika membuat liputan pada Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.

Kematian itu menjadikannya wartawan kedua selepas Grant Wahl dari Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Akhbar La Gazzetta melaporkan, setakat ini punca insiden tragis itu masih belum diketahui.

Al Misslam adalah seorang wartawan foto bagi saluran TV Qatar, Al Kass.

Iklan

Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai kematian Al Misslam.

Saluran berita Qatar, Gulf Times menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga wartawan itu menerusi media sosial.

Iklan

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas kematian Wahl.

US Soccer pada 9 Disember lalu melaporkan wartawan AS itu meninggal dunia ketika membuat liputan Piala Dunia.

Laporan awal mendedahkan Wahl, 48, membuat liputan perlawanan antara Argentina dan Belanda di Stadium Lusail.