Operasi banjir: JBPM Pahang sedia gerakkan MTL Red Team

Iklan
Wan Mohammad Zaidi (tiga dari kanan) meninjau aset termasuk bot yang digunakan untuk operasi banjir ketika lawatan ke BBP Kuantan pada Isnin.

KUANTAN - Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut Red Team (MTL Red Team) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang kini bersedia untuk digerakkan dalam usaha membantu mangsa banjir di negeri ini.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, terdapat enam MTL Red Team yang ditempatkan di enam daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Bentong dan Raub.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap pasukan dianggotai enam anggota yang dilengkapi peralatan dan kenderaan termasuk bot bagi operasi menyelamat.

"Misalnya pasukan yang ditempatkan di Pekan tidak hanya bertumpu di daerah Pekan sahaja tetapi mereka boleh bergerak ke daerah lain seperti Rompin sekiranya diperlukan," katanya ketika di temui di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, walaupun keadaan banjir di negeri ini tidak begitu serius, namun pihaknya tetap bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Selain persediaan membabitkan aspek keanggotaan, JBPM Pahang turut memastikan semua aset yang digunakan untuk operasi menyelamat berada dalam keadaan baik," ujarnya.

Iklan