Rafizi tidak guna khidmat 'rider'

Iklan
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Rafizi Ramli di Twitter

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan beliau tidak menggunakan khidmat 'rider' atau polis pengiring dalam urusan seharian susulan dakwaan seorang individu yang mempersoalkan perkhidmatan berkenaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada seorang pemilik akaun Twitter yang bertanya sama ada menteri Kerajaan Perpaduan kini menggunakan khidmat polis pengiring atau 'rider'.

Iklan
Iklan

Dakwa pengguna Twitter itu, Rafizi pernah menyatakan sebelum ini bahawa perkhidmatan 'rider' untuk menteri kecuali Perdana Menteri perlu dihentikan.

Bagaimanapun Rafizi menjelaskan khidmat pengiring hanya digunakan untuk urusan rasmi.

Iklan

"Di luar tugasan rasmi, sama macam dulu dan saya pergi seorang," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Sementara itu, beliau memaklumkan tidak ada program kementeriannya yang digunakan untuk berkempen bagi meraih undi.

Iklan

"Insya-ALLAH takkan ada program kementerian yang diguna untuk berkempen dapat undi.

"Prestasi sebagai menteri yang tentukan dapat undi ke tak," ujarnya.