Siklon Mandous: 3 maut, lebih 21,000 terjejas di Sri Lanka

Iklan
DMC Sri Lanka sudah mula menilai kerosakan dan mereka yang terjejas akibat siklon Mandous itu akan menerima pampasan. - Foto: AFP
COLOMBO - Tiga orang terbunuh dan lebih 21,000 peduduk terjejas ekoran cuaca buruk yang dicetuskan siklon Mandous, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) Sri Lanka pada Isnin.

DMC memaklumkan 19 orang cedera dan mereka yang terjejas melibatkan 6,113 keluarga di 16 daerah dan bencana itu turut menyebabkan 5,639 rumah di kebanyakan kawasan mengalami kerosakan, lapor Xinhua.

Timbalan Pengarah DMC, Pradeep Kodippili memberitahu media bahawa pihaknya sudah mula menilai kerosakan dan mereka yang terjejas akan menerima pampasan. - Bernama