KULIM - Dua mayat ditemukan dalam keadaan rentung dalam sebuah pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas pada malam Ahad.
Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 25 tahun.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 10.54 malam.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah pondok kawalan berukuran 1.5x2 meter sedang terbakar 50 peratus.
"Kejadian turut melibatkan dua mangsa yang ditemukan rentung dalam pondok tersebut,” katanya di sini pada Isnin.
Menurutnya, pondok tersebut mempunyai pintu jeriji besi yang dikunci dengan rantai besi dan anggota bomba terpaksa memotongnya untuk melakukan kerja pemadaman.
"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam pondok tersebut dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya lagi.