Fokus kerja, bukan cari silap parti lawan: Shahidan

Iklan
BERITA SEMASA 12 DISEMBER 2022

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta terus fokus bekerja untuk membantu rakyat bagi menangani kos sara hidup dan bukannya mencari kesalahan parti lawan lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan dan sikap pemimpin politik dalam kerajaan yang berterusan mencari kesilapan parti lawan dilihat seperti parti pembangkang.

Datuk Seri Shahidan berkata, isu rakyat seperti kekurangan telur ayam di pasaran yang menghimpit rakyat perlu diberikan perhatian serius kerajaan hari ini dan bukannya memfokuskan isu tidak penting.

Artikel: https://bit.ly/3Yj0Uu2

#BeritaSemasa #SinarHarian