[VIDEO] Rezeki 15 minit pancing toman 4kg

Iklan
Muhammad Shahrul Rizal menunjukkan ikan toman yang dipancing olehnya di Kalbox Lima, Rantau Panjang. Gambar kecil: Berat ikan toman yang diperolehi sejumlah 4kg.

RANTAU PANJANG - Kurang 15 minit memancing di kawasan Kalbox Lima di Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang di sini memberi rezeki kepada seorang pemandu jentera berat apabila berjaya menaikkan ikan toman seberat empat kilogram (kg) pada Isnin.

Bapa kepada tiga anak, Muhammad Shahrul Rizal Zulani, 25, berkata, dia keluar sejauh tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Kubang Kuar untuk memancing di kawasan terbabit pada jam 4 petang.

Iklan
Iklan

"Saya gunakan umpan belut dan baharu melempar kail ke dalam kawasan pembetung.

Muhammad Shahrul Rizal yang mempunyai anak berusia lapan bulan sehingga tujuh tahun itu dilihat tidak berhenti daripada tersenyum kerana gembira mendapatkan rezeki tersebut.

Iklan

"Apabila kelapangan, saya akan keluar melakukan hobi memancing lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh.

"Hasil memancing seperti ikan toman ini ada yang dijual dengan harga RM12 sekilogram manakala ada juga dibuat gulai lemak untuk makan sendiri,” ujarnya.

Iklan

Dia memberitahu pernah mendapat ikan jenis sama yang bersaiz lebih besar seberat lebih 10 kg ketika memancing sebelum ini.

Kawasan pembetung tersebut menjadi tumpuan para pemancing terutama pada musim banjir apabila air Sungai Golok melimpah sehingga mencecah tebing jalan.