Jawatan Presiden UMNO: Kita tengok nanti, kata KJ

Iklan
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hanya memberi respons ringkas ketika ditanya sama ada akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan akan datang.

"Kita tengok nanti,” katanya seperti dipetik laporan media selepas sesi penyerahan Nota Serah Tugas Menteri Kesihatan di sini pada Isnin.

Beliau terlebih dahulu menyambut soalan itu dengan gelak ketawa sebelum menjawab sedemikian selain tidak mengulas lanjut mengenainya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15​), ​​​​​​Khairy yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh ketika berucap pada pentas ceramah kempen pernah menyatakan hasrat secara terbuka untuk memimpin UMNO dan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Sebelum ini, beliau pernah bertanding merebut jawatan itu ketika pemilihan parti pada 2018 yang turut melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada pemilihan tersebut, Ahmad Zahid menang dengan 93 undi meninggalkan Khairy jauh di belakang dengan 51 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi).

Iklan
Iklan