WELLINGTON - Kerajaan New Zealand pada Isnin menawarkan jururawat dan bidan terlatih dari luar negara kediaman sebagai alternatif bagi menangani kekurangan kakitangan perubatan yang kritikal.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, perubahan kepada sistem imigresen bermakna mereka yang layak boleh mendapatkan status pemastautin secara 'fast track' mulai Khamis.
Doktor pakar juga telah ditambah ke 'Senarai Hijau' yang membenarkan pekerja mahir dalam peranan yang sukar diisi untuk mendapatkan tempat tinggal di New Zealand.
"Kepada mana-mana jururawat di seluru dunia, New Zealand sekarang adalah tempat terbaik untuk tinggal, bekerja dan bermain," katanya sambil mempertahankan dakwaan bahawa pentadbirannya lambat menangani masalah kekurangan jururawat.
Pertubuhan Jururawat New Zealand (NZNO) menganggarkan negara itu memerlukan kira-kira 4,000 lagi jururawat.
Awal tahun ini, Menteri Kesihatan Andrew Little berkata, New Zealand hanya memerlukan ratusan jururawat kesihatan mental sahaja. - AFP