MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd

Iklan
Saraya

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 9 Disember lepas hingga tarikh tamat lesen syarikat itu pada 10 April 2023.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Saraya Arbi menerusi kenyataan berkata, penggantungan lesen syarikat itu dibuat di bawah Seksyen 8(1)(b) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Iklan
Iklan

Menerusi seksyen itu, pengusaha pelancongan berlesen itu didapati melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian.

Pada 11 Mei lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan modus operandi baharu kes penipuan penjualan tiket penerbangan secara dalam talian membabitkan kerugian dianggarkan bernilai RM233,954.

Iklan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, PDRM menerima 20 kes penipuan dan ia masih dalam siasatan.

Berdasarkan siasatan, mangsa melayari laman sosial http://cafe.naver.com/mymalaysia yang memaparkan iklan penjualan tiket penerbangan didakwa dikendalikan syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd. - Bernama

Iklan