KPDN seru pemain industri bantu kurangkan kos sara hidup

Iklan
Salahuddin Ayub semasa ucapan Majlis Sambutan Makan Malam Tahunan 99 Speed Mart ke-35 di sini pada Isnin.

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyeru kepada pemain industri turut membantu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia perlu dilakukan dengan cara meningkatkan kecekapan pengeluaran dan menggunakan teknologi yang dapat mengurangkan kos operasi.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, pemain industri tersebut termasuklah diperingkat pengilang, pembekal dan peruncit.

"Hasil daripada penjimatan kos itu dapat digunakan untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga barangan,” katanya dalam ucapan Majlis Sambutan Makan Malam Tahunan 99 Speed Mart ke-35 di sini pada Isnin.

Iklan

Jelas beliau, cadangan tersebut diketengahkan memandangkan dunia bakal menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun hadapan.

"Syarikat-syarikat besar seperti Alibaba, Twitter dan sebagainya telah mengecilkan saiz operasi syarikat masing-masing untuk menghadapi kesan daripada kegawatan eknonomi.

Iklan

"Di negara eropah pada masa kini sedang berhadapan kesan kenaikan inflasi yang menekan rakyat mereka.

"Malaysia bakal merasai tempiasnya dan kerajaan perlu bersedia dengan pelan perancangan yang holistik untuk menghadapi cabaran tersebut termasuk impak kepada kos sara hidup rakyat,” ujarnya.

Tambah Salahuddin, peruncit-peruncit lain perlu mencontohi pasar mini 99 Speed Mart oleh kerana syarikat itu mampu melaksanakan penjimatan kos operasinya.

Kata beliau, hasil daripada penjimatan tersebut dapat dikongsikan bersama rakyat dengan cara menurunkan harga barangan yang lebih murah kepada pembeli.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengasasnya, Lee Thiam Wah kerana bersama-sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata, nilai jualan sub-sektor Perdagangan Borong dan Runcit bagi suku ketiga tahun 2022 adalah sebanyak RM398.4 Billion.

Jelasnya, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu, nilai jualan berkembang positif 32.45 peratus tahun ke tahun.

"Kerajaan menyasarkan untuk mencapai nilai jualan sektor peruncitan sebanyak RM 500 billion pada tahun 2022 ini,” ujarnya.