BEKAS pemain badminton negara, Rahman Sidek yang kini dirawat di Hospital Selayang, diziarahi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Isnin.
Hannah turut ditemani timbalannya, Adam Adli Abd Halim; ketua setiausaha kementerian, Datuk Jana Santhiran hadir selepas selesai sesi taklimat bersama agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Iklan
Iklan
Turut hadir sama, bekas legenda beregu negara, Datuk Razif Sidek yang juga merupakan abang kepada Rahman.
"Seluruh #TeamKBS dan rakyat Malaysia mendoakan agar bekas atlet badminton negara, Rahman Sidek diberi kesembuhan dan kembali sihat.
"Insya-ALLAH. Jasa dan pengorbanan atlet tidak dipinggir," menurut KBS dalam satu hantaran di laman Facebook kementerian pada Isnin.