809 kes baharu Covid-19, 6 kematian

Iklan
KKM merekodkan 809 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 809 kes baharu Covid-19 pada Isnin dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,972,966.

Iklan
Iklan

Menurut portal KKMNOW, enam kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan dua daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital, brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,769.

Iklan
Iklan

Terdapat 72 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.