Ronaldo pilih Perancis juara Piala Dunia

Iklan
Ronaldo

BEKAS bintang Brazil, Ronaldo memilih Perancis sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia Qatar 2022 kali ini.

Menurutnya, dia tidak mahu menjadi hipokrit dan memilih wakil tunggal daripada Amerika Selatan iaitu Argentina yang juga pasukan musuh utama Brazil yang akan turut beraksi di saingan separuh akhir pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menyatakan bahawa saya gembira untuk Argentina sekiranya mereka menang Piala Dunia. Tetapi, saya melihat bola sepak sebagai romantik dan saya menghargai pasukan mana sekalipun yang jadi juara.

Ronaldo yang menjadi wira ketika membawa Brazil menang Piala Dunia 2002 turut yakin Perancis tidak berdepan masalah untuk menundukkan Maghribi di peringkat separuh akhir.

Iklan

"Saya juga memang mahu lihat Maghribi menang, tetapi saya tidak yakin mereka mampu. Saya rasa Perancis mempunyai pasukan yang mantap tidak kira di bahagian serangan, pertahanan atau tengah," katanya.

Dia juga kagum dengan kemampuan tonggak utama Perancis iaitu Kylian Mbappe yang kini sedang mendahului senarai penjaring dengan lima gol dalam Piala Dunia kali ini.

Iklan

"Dia tahu bagaimana untuk menggunakan skil dan menjadi pantas berbanding pemain lain. Dia menggunakan kelebihannya itu untuk melakukan bantuan jaringan atau menjaringkan gol.

"Dia mempunyai masa, kemampuan dan sentiasa dahagakan kejayaan untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia," katanya.