Perancis diingatkan tidak masuk perangkap

Iklan
Perancis mempunyai misi besar untuk mempertahankan trofi Piala Dunia.

PEMAIN pertahanan Perancis, Raphael Varane mengingatkan pasukan supaya tidak 'masuk dalam perangkap' dan merasakan tiket final Piala Dunia Qatar 2022 sudah menjadi milik mereka.

Menurutnya, pasukan Les Bleus itu tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan mereka di separuh akhir iaitu Maghribi yang sudah melakukan beberapa kejutan besar.

Iklan
Iklan

"Kami mempunyai banyak pengalaman dalam perlawanan besar dan tidak akan masuk dalam perangkap memikirkan bahawa kami pasukan pilihan.

"Segalanya bergantung kepada kami dengan dibarisi pemain berpengalaman untuk memastikan kemenangan milik kami. Kami akan berjuang sehabis baik dan tidak melihat ia perlawanan mudah.

Iklan

"Kami perlu beri 100 peratus dan berjuang sehingga penghujung dan perlu mengesahkan tempat ke final," katanya.

Perancis yang juga merupakan penyandang juara itu berpeluang untuk mempertahankan trofi Piala Dunia mengulangi pencapaian yang pernah dilakukan Brazil pada 1962.

Iklan

Varane juga mengingatkan pemain supaya tidak mengambil muda Maghribi yang ketika ini hanya bolos satu gol selain telah mencipta kejutan menewaskan Belgium, Kanada, Sepanyol dan Portugal.

"Saya rasa mereka adalah pasukan yang kuat dan sukar ditewaskan. Mereka sedang mencipta sejarah buat negara dan mempunyai kekuatan sebagai satu pasukan.

"Mereka mempunyai senjata iaitu serangan balas dan percubaan berbahaya daripada situasi bola mati," katanya.