Luis Enrique patah hati kendali skuad kebangsaan

Iklan
Luis Enrique

BEKAS pengendali Sepanyol, Luis Enrique bagaikan patah hati untuk mengendalikan mana-mana skuad kebangsaan selepas ini apabila gagal membawa La Roja melepasi peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022.

Menurut Enrique, dia lebih berminat untuk melatih pasukan kelab di liga utama dunia sekali gus mencari cabaran baharu dalam karier kejurulatihannya.

Iklan
Iklan

"Saya melihat diri saya melatih kelab dan membawa karier saya ke satu tahap yang berbeza yang mana saya tidak dapat lakukan bersama pasukan kebangsaan," katanya.

Dia dipecat Khamis lalu selepas Sepanyol tewas penentuan sepakan penalti kepada Maghribi pada pusingan 16 terbaik dan jurulatih Sepanyol bawah 21 tahun, Luis de la Fuente diangkat sebagai pengendali baharu skuad senior Sepanyol.

Iklan

Namun, dia menolak tawaran tersebut dan mahu melihat keputusan di Piala Dunia Qatar ini sebelum membuat keputusan menyambung kontrak.

"Saya menegaskan perkara terbaik untuk dilakukan ialah hadapi Piala Dunia terlebih dahulu.

Iklan

"Saya rasa ia lebih masuk akal. Jika tidak mereka memperbaharui kontrak saya sebelum mengetahui keputusan di Piala Dunia," katanya.