OMODA 5 raih lima bintang Euro NCAP

Iklan
OMODA 5

PRODUK pertama di bawah siri global baharu OMODA, OMODA 5 telah meraih penarafan keselamatan penuh lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

OMADA dalam satu kenyataan berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut mencatat markah tinggi dalam kategori Adult Occupant, Child Occupant, Vulnerable Road Users dan Safety Assist.

Iklan
Iklan

"Prestasi tinggi OMODA 5 dalam ujian ini adalah berasaskan tumpuannya kepada kualiti serta keperluan dan kehendak pengguna, di mana permintaan utama pengguna global diambil kira daripada peringkat penyelidikan dan pembangunan serta reka bentuk.

"OMODA 5 bukan sahaja mencatat kemajuan yang signifikan dalam struktur badan, konfigurasi keselamatan serta aspek lain, malah telah menjalankan pengesahan pembangunan adaptif dalam persekitaran dan keadaan jalan raya yang berbeza di seluruh dunia, termasuk kelulusan Ujian Tri-Extreme, yang dijalankan dalam keadaan ekstrem suhu rendah (<-40°C), suhu tinggi (hampir 50°C) serta ketinggian 5,200 meter,”kata kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, sebanyak 78 peratus daripada badan OMODA 5 diperbuat daripada keluli kekuatan tinggi yang mampu menahan tekanan sehingga 1,800 MPa.

"Badan tersebut telah direka dan dihasilkan dengan teliti untuk mengekalkan struktur keseluruhannya tanpa berubah bentuk sekiranya berlaku perlanggaran,” kata kenyataan itu.

Iklan

Tambah kenyataan itu, Advanced Driver Assistance System (ADAS) menggabungkan 16 fungsi, termasuk 'adaptive cruise control' untuk memaksimumkan keselamatan dan keselesaan pemandu serta penumpang.

"Didorong oleh pengiktirafan taraf global keselamatan dan kualiti, OMODA 5 melangkah ke pentas antarabangsa dengan keyakinan baharu.

"Setakat ini, SUV tersebut telah dilancarkan di China, Kuwait, Israel dan beberapa pasaran lain, dan akan menuju ke banyak lagi negara dan wilayah pada tahun akan datang,” kata kenyataan itu.