Meninjau paras air sungai

Iklan
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam Mohamamd Khazrem Kamaruzaman, 29, (kanan) dan rakan Mohamad Nur Fadzila Drahman, 35, (kiri) meninjau paras air sungai serta membuat pemeriksaan peralatan bot sebagai persediaan menghadapi banjir semasa bertugas di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) di Taman Sri Muda, Seksyen 25 hari ini.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi menghadapi musim monsun timur laut dan dibuat berdasarkan pengalaman banjir besar tahun lalu ekoran masa yang lama diambil untuk bergerak dari BBP ke lokasi banjir, terutamanya ke Taman Sri Muda.

PKH ini beroperasi sejak bulan lepas dan beroperasi selama 24 jam dengan anggota yang bertugas silih berganti setiap 12 jam dan PKH ini dibuka sementara sehingga tamat musim monsun timur laut.