Banjir: Mangsa menurun kepada 103 orang di Terengganu

Iklan
Banjir di Terengganu semakin pulih apabila jumlah mangsa yang berada di PPS terus berkurangan kepada 103 orang berbanding 199 orang pada jam 8 pagi Selasa.

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Terengganu semakin pulih apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan kepada 103 orang berbanding 199 orang pada jam 8 pagi Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu menyatakan, setakat jam 4 petang, sebanyak empat PPS masih dibuka di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan Setiu bagi menempatkan 28 keluarga.

Iklan
Iklan

"Di Kemaman, sebuah PPS yang dibuka di balai raya Padang Kemunting kini didiami empat keluarga membabitkan 23 mangsa terjejas banjir selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Jurucakap itu berkata, seramai 12 mangsa dari tiga keluarga di Besut kini ditempatkan di balai raya Kampung Pantai manakala daerah Setiu merekodkan jumlah mangsa seramai dua orang yang dipindahkan ke surau Kampung Nyatoh.

Iklan
Iklan