Kerjasama BN-PH tidak gugat prinsip, pegangan parti

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) Pahang memberi jaminan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan tidak akan mengugat prinsip dan pegangan BN selama ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan parti Melayu terbesar itu masih dengan pendirian mengangkat kesejahteraan rakyat, pembangunan negara dan toleransi serta kepentingan hidup beragama.

Iklan
Iklan

"Malah, perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi asas perjuangan kita, tidak akan sesekali tergugat dan digadaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Pahang Plantations and Commodities Festival and Symposium 2022 dan Pahang Commodities Exhibition of Innovation and Technology 2022 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur di sini pada Selasa.

Iklan

Wan Rosdy yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai memaklumkan pembentukan kerajaan bersama-sama dengan PH, adalah selari dengan perkembangan di peringkat kerajaan Persekutuan.

Jelasnya, ini sudah pastilah memberi banyak kelebihan kepada Pahang dalam menjayakan agenda pembangunan di negeri ini.

Iklan

Sehubungan itu, beliau juga meminta agar rakyat menilai kerajaan Pahang berdasarkan prestasi kerja yang telah dan akan tonjolkan, bukannya melalui sentimen dan persepsi yang memecahbelahkan.

"Kita harus menjadikan pencapaian cemerlang sebagai kayu ukur paling ampuh dalam menilai mana-mana kerajaan atau kerjasama politik.

"Saya akan pastikan bahawa track record cemerlang kerajaan Pahang sejak empat tahun kebelakangan ini akan terus diganda dan ditingkatkan," ujar beliau.