JAKARTA - Gempa bumi sederhana dasar laut berukuran 5.2 magnitud melanda berhampiran Bali pada Selasa.
Tiada makluman tsunami dikeluarkan.
Iklan
Iklan
Agensi geofizik Indonesia (BMKG) berkata pusat gempa terletak pada koordinat 8.16 lintang selatan dan 115.62 bujur timur di Laut Bali.
Media tempatan melaporkan gempa bumi itu menggegarkan penduduk di kampung Selumbung, daerah kecil Manggis.
Gegaran berterusan selama beberapa saat itu turut dirasai di Mataram, Lombok, Tabanan, Kuta, Buleleng dan kawasan jiran.
Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini. - Bernama