KLANG -"Ancaman banjir terus menghantui masyarakat di sekitar Meru, apakah kami akan terus ‘berdampingan’ dengan bencana berkenaan tanpa mendapat penyelesaian terbaik.
”Itu antara luahan penduduk ketika ditemui pada Program Kit Bantuan Bencana Sinar Karangkraf di beberapa kawasan perumahan di sekitar kawasan berkenaan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Meru.