Piala Dunia terakhir Messi

Iklan
Messi

BINTANG sensasi Argentina, Lionel Messi mengesahkan final Piala Dunia Qatar akan menjadi penampilan terakhir buatnya dalam kejohanan temasya terbesar dunia itu.

"Beberapa tahun lagi untuk edisi Piala Dunia seterusnya dan saya tidak rasa mampu melakukannya. Untuk mengakhiri seperti ini adalah sangat bagus," katanya.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 35 tahun itu beraksi dalam Piala Dunia kelimanya mengatasi rekod empat kali Diego Maradona dan Javier Mascherano.

"Ia rekod yang baik, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk mengapai matlamat pasukan yang akan menjadi perkara paling indah pernah berlaku.

Iklan
Iklan

"Kami hanya satu langkah lagi ke arah itu (menang Piala Dunia), kami akan lakukan sehabis baik," katanya.