10 kampung di Kelantan dilanda banjir, 2,014 mangsa dipindahkan

Iklan
Laluan di Jalan Panglima Bayu - Rantau Panjang - Jeram Perdah dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan, pada Rabu.

RANTAU PANJANG - Sebanyak 10 kampung di sini dilanda banjir manakala mangsa yang dipindahkan meningkat 2,014 orang pada Rabu.

Antara kampung yang terlibat ialah, Tersang, Jalan Kampung Tersang, Bendang Parol, Serongga, Padang Licin, Putat Tujuh, Tasek Bakong, Jeram Perdah, Kubang Pak Hitam dan Sapi.

Keadaan rumah penduduk di Kampung Tersang, Rantau panjang yang ditenggelami banjir.

Iklan
Iklan

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, terdapat empat jalan yang dinaiki air iaitu Jalan Pengkalan Rakit - Batu Karang dan Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh (ditutup kepada semua kenderaan), manakala Jalan Tok Dek - Gual Periok dan Jalan Panglima Bayu - Rantau Panjang - Jeram Perdah (ditutup kepada kenderaan ringan).

"Kesemua 634 keluarga yang terlibat dengan banjir ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurut beliau, PPS SK Tok Deh 712 mangsa, Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (251), SK Gual Periok (544), Padang Licin (69), SK Sri Kiambang (234) dan Kedai Tanjong (47).

Ujarnya, walaupun keadaan cuaca semasa mendung namun penduduk yang tinggal di kawasan rendah diingatkan sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Iklan