Amaran hujan berterusan di empat negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula Rabu hingga 20 Disember.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula Rabu hingga 20 Disember.

MetMalaysia menerusi Facebooknya memaklumkan, hujan berterusan tahap buruk diramalkan berlaku di Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing) sehingga Rabu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) pada 17 Disember sehingga 20 Disember.

Selain itu, negeri Pahang (Kuantan dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang dan Kota Tinggi) dijangka berlaku hujan berterusan tahap waspada sehingga Rabu.

Iklan
Iklan

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.