KLANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai P Ganesan untuk menjadi saksi perbicaraan berkaitan kes bunuh di Mahkamah Tinggi 2, di sini, pada 6 Januari.
Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, alamat terakhir lelaki berusia 30 tahun itu adalah di Pandamaran, Klang.