BEKAS jaguh pelari kebangsaan S Sabapathy meninggal dunia pada usia 75 tahun awal pagi Rabu.
Berita pemergian atlet yang pernah beraksi dalam kategori 4x400 meter (m) di Olimpik Munich 1972 itu dikongsikan anak sulung mendiang, P Mahaletchumy ketika dihubungi Bernama.
Iklan
Iklan
Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.
Mendiang akan dibawa ke krematorium di Mantin, Negeri Sembilan esok.
Mendiang meninggalkan isterinya G. Maliga, 66, dan dua anak perempuan.
Sabapathy pernah memperoleh emas acara 4x100m dalam Sukan SEA di Singapura pada 1973. - Bernama