Wanita maut kereta dilanggar bas ketika buat pusingan U

Iklan
Anggota bomba memeriksa keadaan kereta Perodua Viva. - Foto Polis Tangkak

TANGKAK – Seorang wanita maut apabila kereta Perodua Viva dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer (KM) 22.5 Jalan Bukit Gambir, sekitar 9 pagi pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Mohd Fadhil Minhat berkata, berdasarkan maklumat awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila wanita berkenaan, cuba melakukan pusingan U di kawasan garisan berkembar di laluan berkenaan, dipercayai menghala ke Bukit Gambir.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurut Mohd Fadhil, tindakan itu (pusingan U) tidak berjaya apabila kereta kereta dinaikinya dilanggar bas ekspres yang berada di laluan yang sama.

"Polis menerima maklumat awal mengenai kemalangan yang berlaku di KM22.5 Bukit Gambir pada 8.34 pagi pada Rabu.

Iklan

"Akibatnya, bas ekspres berkenaan telah terlanggar bahagian kanan pintu hadapan Perodua Viva berkenaan,” katanya pada Rabu.

Bas ekspres mengalami kerosakan di bahagian depan. - Foto Polis Tangkak

Akibat perlanggaran berkenaan, pemandu kereta Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Perlanggaran itu turut menyebabkan kereta Perodua Viva berkenaan mengalami kerosakan kemik di bahagian pintu kanan, bonet hadapan, pintu sebelah kiri dan bumper hadapan manakala bas ekspres berkenaan yang tidak membawa penumpang itu, mengalami kerosakan kemik di bahagian bumper hadapan sebelah kanan.

Kedua-dua kenderaan terbabit kini dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut manakala mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tangkak bagi tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Polis juga mengesahkan tidak menahan pemandu bas berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Farizan Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada 8.33 pagi pada Rabu dan seramai 10 anggota bomba diketuai dirinya dengan satu jentara LFRT, satu EMRS dan satu Pajero telah dihantar ke lokasi kemalangan.

"Setibanya ke lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati mangsa yang berada dalam kereta Perodua Viva berkenaan, telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.