Penambakan konkrit penghadang ombak

Iklan
Pekerja binaan sedang giat melakukan kerja mengangkat blok konkrit penghadang ombak yang baharu untuk dipasang di persisiran pantai Teluk Kemang, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan blok konkrit penghadang ombak di pantai tersebut runtuh dan pecah hingga boleh menjejaskan keselamatan orang ramai terutama pengunjung di pantai itu.

Kejadian tersebut berlaku susulan dari kejadian air pasang besar dan angin kuat baru-baru ini hingga menyebabkan kawasan pasir terhakis. - Foto Bernama.