Lebih 1 juta rakyat Malaysia kunjungi Thailand hingga Oktober

Iklan
Thailand menerima lebih sejuta pelancong Malaysia sejak pembukaan semula sempadan antara kedua-dua negara tahun ini.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

BANGKOK - Thailand menerima lebih sejuta pelancong Malaysia sejak pembukaan semula sempadan antara kedua-dua negara tahun ini.

Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) ASEAN, Asia Selatan dan Rantau Pasifik Selatan, Sukanya Sirikanjanakul berkata, rakyat Malaysia mendahului angka ketibaan pelancong ke negara itu untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Iklan
Iklan

"Statistik menunjukkan ramai rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke Thailand melalui sempadan darat sama ada dengan bas, kereta api atau kenderaan persendirian," katanya kepada Bernama.

"Malaysia merupakan antara sumber penting pelancong asing ke Thailand dengan kuasa beli yang tinggi,” katanya selepas melepaskan sekumpulan 60 pemilik kereta mewah Malaysia ke Thailand untuk perjalanan darat selama 13 hari dari Songkhla ke Chiang Rai, merangkumi jarak perjalanan sejauh 5,062 kilometer.

Iklan

Nongyao berkata kumpulan itu memulakan perjalanan pada 12 Disember dan dijangka pulang ke tanah air pada 23 Disember.

"Perjalanan menggunakan jalan darat merupakan cara lain untuk pelancong meneroka Thailand," katanya. - Bernama

Iklan