Bantuan kecemasan musim sejuk RM4.8 bilion untuk Ukraine

Iklan
Sebahagian besar penduduk di Kiev masih berdepan gangguan bekalan kuasa elektrik. Foto: AFP

PARIS - Sekutu Kiev berjanji untuk menyalurkan dana tambahan berjumlah AS$1.1 bilion (RM4.8 bilion) untuk bantuan kecemasan musim sejuk sebagai respons terhadap rayuan asal berjumlah AS$800 juta (RM3.5 bilion) yang dikemukakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Kira-kira 70 negara dan pertubuhan antarabangsa bersidang di Paris untuk menyertai mesyuarat yang bertujuan meringankan beban rakyat Ukraine setelah sebahagian besar kawasan masih berdepan masalah bekalan kuasa elektrik.

Iklan
Iklan

"Kami memerlukan alat ganti untuk membaik pulih, generator berkapasiti tinggi, bekalan gas tambahan dan meningkatkan import elektrik untuk mengatasi krisis ini," kata Zelenskyy menerusi sidang video.

Sementara itu, Perdana Menteri, Denys Shmygal mengesahkan kira-kira 40 peratus hingga 50 peratus grid kuasa negara itu masih tidak beroperasi kerana dibedil Rusia pada bulan lalu. - AFP

Iklan
Iklan