SINGAPURA - Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Singapura mengutus perutusan tahniah kepada rakan sejawatan dari Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof atas pelantikan baru-baru ini dan berharap dapat mengadakan pertemuan tidak lama lagi.
Dalam perutusan tahniah itu, Lawrence Wong dan Heng Swee Keat antara lain menyatakan bahawa Perjanjian Rangka Kerja dalam ekonomi digital dan hijau yang dimuktamadkan pada Ogos 2022 akan menjadi asas untuk memperluas kerjasama dalam sektor baharu.