BINTANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic percaya Piala Dunia Qatar 2022 merupakan pentas terbaik untuk Lionel Messi mengakhiri kemarau kejuaraan utama dunia.
"Saya rasa sudah tertulis siapa yang akan menang dan anda tahu siapa yang saya maksudkan.
Iklan
Iklan
"Saya rasa Messi akan menjulang trofi itu, ia sudah tertulis," kata Ibrahimovic yang mewakili Sweden dalam dua Piala Dunia pada 2002 dan 2006.
Messi berusia 35 tahun berkemungkinan besar akan membuat penampilan terakhir bersama Argentina di Qatar 2022, berada di landasan terbaik meraih kejuaraan dengan penyingkiran Brazil, Portugal, Jerman dan Sepanyol.
Argentina juara Copa America 2021 kelihatan bersedia untuk merangkul gelaran paling berprestij bola sepak buat kali pertama sejak 1986.
Ditanya mengenai Maghribi, yang menjadi pasukan Afrika atau Arab pertama yang mara ke empat perlawanan akhir Piala Dunia, Ibrahimovic berkata:"Saya tidak fikir ia satu kejutan kerana saya tahu mereka bagus sebelum Piala Dunia.
"Piala Dunia semuanya boleh berlaku, mereka mara ke separuh akhir, mungkin sedikit terkejut, tetapi harus diingat mereka pasukan bagus dan sebuah negara yang baik."