Warga emas maut jatuh tingkat sembilan hotel

Iklan

GEORGETOWN - Seorang warga emas maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel di Lebuh Leith, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, mangsa, Chuah Yew Lew, 62, maut di tempat kejadian akibat parah di beberapa tubuhnya termasuk kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa merupakan warga tempatan dan berasal dari bandar ini.

Menurutnya, mangsa telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Iklan

"Mayat mangsa dijumpai orang awam kira-kira jam 1.15 petang iaitu 45 minit selepas mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan.

"Siasatan di bilik hotel yang didaftar atas nama mangsa mendapati terdapat sebuah kerusi berhampiran tingkap selain barang milik mangsa seperti selipar, payung dan cermin mata," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan di bilik hotel juga mendapati berkeadaan kemas cuma dua buah tingkap berada dalam keadaan terbuka.

Che Zaimani berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).