Derita usus dijangkiti kuman, lebih setahun berumah di hospital

Iklan
Aydin

SUNGAI BULOH - Dilahirkan pramatang dan mengalami masalah usus dijangkiti kuman menyebabkan Aydin Malique Mohamad Iqbal Adib, 1 tahun 5 bulan terpaksa berumah di hospital sejak lahir.

Ibunya, Nur Shahira Anisha Muhamad Zuber 23, berkata, anak kembarnya itu telah menjalani tiga pembedahan termasuk memotong usus kecil yang dijangkiti kuman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Aydin Malique mengalami najis berdarah selepas dua minggu dilahirkan sementara kembarnya, Aydan Malique tidak mengalami sebarang masalah.

Aydin (kanan) bersama kembarnya Aydan.

"Setahun sebulan Aydin Malique duduk di hospital dan baru empat bulan dibawa pulang ke rumah.

Iklan

"Sebelum ini dia dah jalani tiga kali pembedahan memotong usus menyebabkan ususnya menjadi pendek kini hanya tinggal 14 sentimeter.

"Aydin Malique ada dua wayar di badan. Satu di dada dan satu lagi untuk memasukkan susu khas ke perut," katanya pada Rabu.

Iklan

Nur Shahira berkata, dia memerlukan bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) bagi pembelian peralatan perubatan melibatkan kos antara RM600 hingga RM700 sebulan.

Ujarnya, sebelum ini dia ada mendapatkan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) namun hanya diberikan secara 'on-off'.

"Kalau boleh saya harapkan bantuan daripada NGO bagi kos pembelian alat perubatan yang disenaraikan oleh doktor.

"Kos tersebut tidak dapat ditampung memandangkan suami hanya bekerja sebagai penghantar makanan dan saya tidak bekerja," katanya.

Orang awam yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 01128376393 atau sumbangan ke akaun CIMB 7614246369.