Bot nelayan dikendalikan warga asing ditahan

Iklan
Kesemua kru ditahan termasuk hasil laut anggaran 150 kilogram dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan kru warga asing sekitar jam 9.13 pagi pada Rabu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot nelayan kelas C2 itu ditahan ketika sedang menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kedudukan 62 batu nautika barat Pulau Kendi ketika anggotanya sedang melaksanakan rondaan Op Tanjung.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, bot yang berpangkalan di Pantai Remis, Perak itu dikendalikan lima kru pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berumur dalam lingkungan 20 hingga 43 tahun.

Bot nelayan kelas C2 itu ditahan ketika sedang menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kedudukan 62 batu nautika barat Pulau Kendi.

"Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepada semua terutama komuniti nelayan termasuk pemilik bot agar mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan sedia ada.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

Iklan