Johor beri 'bonus' saraan asnaf, fakir miskin

Iklan
MOHD FARED

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seramai 17,000 asnaf dan fakir miskin di negeri bakal menerima 'bonus' tambahan saraan bulan pada penghujung bulan ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pemberian tambahan saraan tersebut susulan lebihan zakat sebanyak RM55 juta berbanding kutipan keseluruhan sebanyak RM345 juta pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Katanya, bantuan saraan berjumlah RM300 hingga RM750 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

"Majlis Agama Islam Negeri Johor (MANJ) berterima kasih dengan pembayar zakat menyaksikan kutipan zakat negeri mencatatkan peningkatan tinggi terutama selepas pandemik Covid-19," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan agensi Hal Ehwal Agama Islam Johor, di Pusat Islam Iskandar di sini pada Khamis.

Mohd Fared berkata, bagi memastikan golongan asnaf dan fakir miskin di negeri ini dapat meningkatkan pendapatan mereka, MAINJ akan melaksanakan program pembangunan asnaf pada tahun depan.

Iklan

"Menerusi inisiatif ini, Johor menyasarkan untuk mengeluarkan antara tiga hingga tujuh peratus golongan ini dari belenggu kemiskinan setahun.

"Golongan asnaf yang berpotensi dan mengusahakan perniagaan kecil akan diberikan bantuan awal perniagaan termasuk lot niaga selain membantu pendidikan anak mereka supaya dapat membantu keluarga apabila berjaya mendapat pekerjaan yang baik," katanya.